Tuesday, 13 February 2018

KEPENTINGAN INSTITUSI KELUARGA

1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan

  • Biasanya dalam satu keluarga akan wujud ayah dan ibu yang membantu anak untuk memahami erti kehidupan terutama aspek kesopanan yang perlu dilakukan oleh seseorang anak itu. Jika ibu bapa gagal melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi sandaran untuk mendidik anak tersebut untuk menjadi lebih baik. Jelaslah bahawa keluarga yang berupaya melahirkan satu generasi yang baik.
2) Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga
  • Remaja akan memiliki seseorang yang lebih tua untuk memberitahu atau menasihati mereka jika mereka melakukan sebarang kesilapan terutama dalam gejala yang tidak sihat pada masa kini. Pengawasan keluargalah yang memastikan remaja tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan imej remaja tersebut kelak. Maka, kewujudan keluarga menjadikan masalah sosial terutama dalam kalangan remaja tidak menular begitu sahaja.
3) Mengurangkan kes jenayah
  • Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan keluarganya. Fenomena negatif ini mampu dikurangkan jika semua keluarga berupaya memainkan peranan mereka dengan begitu baik untuk mendidik dengan sebaik mungkin. Ketahuilah bahawa keluarga yang menjadipenentu kelakuan seseorang anggota masyarakat itu.
4) Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat
  • Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana keluargalah yang menjadi alat keseimbangan kehidupan seseorang.  Tekanan di tempat kerja yang dialami oleh seseorang individu akan hilang jika dikelilingi oleh keluarga mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan ceria dalam kalangan ahli keluarga. 
5) Mampu menjamin keamanan negara
  • Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan dengan wujudnya institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara itu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai keluarga yang boleh menjadi sandaran dan harapan buat mereka untuk mengharungi cabaran kehidupan terutama yang sukar diselesaikan secara bersendirian. Jelaslah bahawa keluarga mampu menjamin keamanan negara terus berada dalam keadaan aman jika berfungsi dengan baik.

Monday, 12 February 2018

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Hubungan kekeluargaan yang erat dan utuh akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia dan mampu untuk menghindari daripada berlakunya masalah perpecahan keluarga. Untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan keluarga di zaman yang moden ini, terdapat beberapa kaedah yang telah disenaraikan untuk menjadi panduan bagi setiap ibu bapa dalam memastikan hubungan keluarga terjaga. Antaranya;

1) Berbincang;
  • Perbincangan secara halus dan lembut akan membuatkan anak-anak mengormati ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan jeritan kesat yang keluar dari mulut ibu bapa mereka sendiri. Perbincangan yang baik akan menghasilkan penyelesaian yang baik. Jeritan mahupun ayat kasar yang dilontarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak akan membuatkan anak-anak menjadi seorang yang pemberontak dan mula menimbulkan perasaan kurang hormat terhadap ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa mestilah memiliki tahap kesabaran yang tinggi daripada terlalu mengikut perasaan amarah mereka.
2) Ungkapkan perasaan sayang kepada anak-anak
  • Ramai ibu bapa masa kini yang jarang mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak-anak mereka sehingga menyebabkan anak-anak mereka merasa kurang kasih sayang serta mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri. Ungkapan yang agak ringkas namun cukup bermakna ini amat penting bagi memastikan bahawa setiap ahli keluarga akan merasa disayangi dan dihargai antara satu sama lain.
3) Menyambut hari penting bersama
  • Perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh faktor pekerjaan ibu bapa yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting seperti ulang tahun perkahwinan maupun hari ulang tahun pasangan dan anak-anak mereka. Menyambut hari penting bersama satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menyambut hari penting pasangan mahupun anak-anak akan memberikan satu memori yang indah buat keluarga.
4) Memberi sokongan yang padu kepada anak-anak
  • Ibu bapa pada masa kini terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawap serta kewajipan mereka sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah menjadi sumber kekuatan bagi anak-anak mereka dengan memberikan sokongan yang padu serta membimbing mereka kearah yang lebih baik. Sokongan yang padu seperti hadir di dalam acara sekolah mereka akan membuatkan mereka gembira dan bangga dengan kedua ibu bapa mereka.
5) Beriadah
  • Aktivit beriadah bersamakeluarga amat penting dalam memastikan ikatan hubungan kekeluargaan semakin erat. Halini kerana, ia dapat meluangkanmasa bersama dan melakukan aktiviti bersama sesama ahli keluarga. Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga bagi membantu mengurangkan masalah tekanan di tempat kerja dan juga masalah tekanan dengan pembelajaran. Contoh aktiviti riadah yang dapat dilakukan ialah melawat tempat-tempat yang menarik, bercuti dan lain-lain lagi.

PERKARA YANG TERBAIK KEPADA IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

1) Doa & pandang wajah anak

  • Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa,"ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh/solehah sayang!. Amalkan sewaktu anak sedang tidur kerana watu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
2) Peluk dan cium anak selalu
  • Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana ibubapa menatang anak mereka semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikan pada anak yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
3) Maafkan anak
  • Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri,mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
4) Jaga tutur kata & minta maaf
  • Ibubapa haruslah menjaga tutur kata dan jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja,cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Ibubapa perlu mengaku itu adalah kelemahan yang ada pada diri kerana berasa marah kepada anak mereka bukanlah tanda benci kerana anak melakukan kesalahan tetapi tanda rasa sayang.
5) Ucap kata-kata positif
  • Sebagai ibubapa, perlulah memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak,jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anakjadi seperti yang kita ucapkan.

KEPENTINGAN INSTITUSI KELUARGA

1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan Biasanya dalam satu keluarga akan wujud ayah dan ibu yang membantu anak untuk memah...