Monday, 12 February 2018

TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Hubungan kekeluargaan yang erat dan utuh akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia dan mampu untuk menghindari daripada berlakunya masalah perpecahan keluarga. Untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan keluarga di zaman yang moden ini, terdapat beberapa kaedah yang telah disenaraikan untuk menjadi panduan bagi setiap ibu bapa dalam memastikan hubungan keluarga terjaga. Antaranya;

1) Berbincang;
  • Perbincangan secara halus dan lembut akan membuatkan anak-anak mengormati ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan jeritan kesat yang keluar dari mulut ibu bapa mereka sendiri. Perbincangan yang baik akan menghasilkan penyelesaian yang baik. Jeritan mahupun ayat kasar yang dilontarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak akan membuatkan anak-anak menjadi seorang yang pemberontak dan mula menimbulkan perasaan kurang hormat terhadap ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa mestilah memiliki tahap kesabaran yang tinggi daripada terlalu mengikut perasaan amarah mereka.
2) Ungkapkan perasaan sayang kepada anak-anak
  • Ramai ibu bapa masa kini yang jarang mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak-anak mereka sehingga menyebabkan anak-anak mereka merasa kurang kasih sayang serta mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri. Ungkapan yang agak ringkas namun cukup bermakna ini amat penting bagi memastikan bahawa setiap ahli keluarga akan merasa disayangi dan dihargai antara satu sama lain.
3) Menyambut hari penting bersama
  • Perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh faktor pekerjaan ibu bapa yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting seperti ulang tahun perkahwinan maupun hari ulang tahun pasangan dan anak-anak mereka. Menyambut hari penting bersama satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menyambut hari penting pasangan mahupun anak-anak akan memberikan satu memori yang indah buat keluarga.
4) Memberi sokongan yang padu kepada anak-anak
  • Ibu bapa pada masa kini terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawap serta kewajipan mereka sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah menjadi sumber kekuatan bagi anak-anak mereka dengan memberikan sokongan yang padu serta membimbing mereka kearah yang lebih baik. Sokongan yang padu seperti hadir di dalam acara sekolah mereka akan membuatkan mereka gembira dan bangga dengan kedua ibu bapa mereka.
5) Beriadah
  • Aktivit beriadah bersamakeluarga amat penting dalam memastikan ikatan hubungan kekeluargaan semakin erat. Halini kerana, ia dapat meluangkanmasa bersama dan melakukan aktiviti bersama sesama ahli keluarga. Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga bagi membantu mengurangkan masalah tekanan di tempat kerja dan juga masalah tekanan dengan pembelajaran. Contoh aktiviti riadah yang dapat dilakukan ialah melawat tempat-tempat yang menarik, bercuti dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

KEPENTINGAN INSTITUSI KELUARGA

1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan Biasanya dalam satu keluarga akan wujud ayah dan ibu yang membantu anak untuk memah...